Pejam celik dah nak ke penghujung ramadan dan kita. Terasa sedih juga bila hendak meninggalkan bulan yang penuh dengan barokah ni. Dalam sibuk menguruskan hal peribadi dan keluarga blog ni dah lama tak terisi. Nak buat macam mana ada tugasan yang lebih penting. Demi masa sesungguhnya manusia ini didalam kerugian melainkan yang berpesan-pesan dengan kebaikan dan berpesan-pesan dengan kebenaran.
Masa yang ada terluang tambahan pula didalam bulan ramadan ini pun alhamdulillah diisi dengan sebaik mungkin. Tak ada pula yang dihabiskan dengan perkara yang tak berfaedah. Dalam mengerjakan ibadah puasa ini, poket pun bergerak menipis. Maklumlah suami isteri berkerja sampai kerumah ngam-ngam waktu nak berbuka.
Alhamdulillah di Malaysia ini kita tak kebulur macam sesetengah negara terutamanya negara benua Afrika. Lihat sahaja di Bazar Ramadan atau Pasar Juadah berduyun-duyun yang mencari rezeki. Tak salah nak mencari rezeki tetapi yang saya kesal adalah sesetengah peniaga yang berniaga tanpa meletakkan tanda harga.
Pada awal puasa dahulu perkara ini saya lihat amat teruk sekali dan saya pernah terkena. Berkat atau tidak kita tak payah la nak ungkit itu kerja kerajaan atas. Lagi satu orang Islam atau Melayu yang konon berpuasa bila pergi ke pasar juadah ini masyaallah tak tau nak cakap drpd yang lelaki bersubang telinga sampai la yang perempuan terbelah dada.
Tak ada rasa nak hormat atau malu langsung. Bayangkanlah diwaktu bulan yang mulia ini tak senonoh berpakaian apatah lagi jika bulan-bulan biasa. Tah lah kita yang kecil ni cuma mampu mengelak dan berdoa agar keturunan kita dilindungi oleh ALLAH S.W.T drpd melakukan perkara keji dan mungkar.
Dihujung Ramadan ini pun dah ramai yang berpusu-pusu membeli persiapan menyambut syawal yang bakal menjelma tak lama lagi. Isnin depan insyallah proses melihat anak bulan akan dilakukan dan malamnya akan diumumkanlah bila kita raya. Alhamdulillah anak-anak serta isteri dah ada persiapan mereka. Cuma tinggal saya yang tiada. Pokai juga tapi tak apalah bukan untuk orang lain. Melihat anak serta isteri bergembira dipagi syawal pun rasa satu hadiah yang cukup istimewa walaupun memakai pakaian yang tak diganti.
Bila melihat anak-anak pakai baju serba baru, saya teringat semasa saya kecil dahulu bagaimana arwah abah membeli persiapan untuk saya dan adik saya. Sayup sahaja mengenangkan suasana dahulu. Sekarang ini baru tahu bertapa sukarnya tugas seorang bapa.
Duit zakat bagi negeri Selangor tahun ini RM5.20 satu kepala. Inyaallah lepas solat Jumaat akan ditunaikan rukun wajib ini. Akhir sekali diucapkan Selamat Hari Raya Aidilfirti, Maaf Zahir Dan Batin.