Luahan rakyat marhean terhadap pemerintahan Barisan Nasional yang dikepalai oleh UMNO. Dahulunya ia relevan tetap selepas PRU 12 lalu seperti Tsunami melanda senario politik Malaysia. Rata-rata rakyat menolak kepimpinan Pak Lah. Sesiapa yang mengikuti perkembangan politik tanahair pasti tidak akan menafikan perkara ini.
Saya mula tertarik untuk mengikuti perkembangan politik tanahair sebermula 1998 iaitu dizaman "Reformasi" yang dipimpim oleh DSAI. Penggeraknya ialah layanan yang dilakukan oleh mantan PM iaitu Mahathir pada DSAI pada ketika itu dan saya bayangkan bagaimana pula jika kita rakyat biasa ini. Sebermula hari DSAI dipecat iaitu 02 Sept 1998 sehinggalah beliau dipenjarakan, hal DSAI menjadi halwa perbualan dengan rakan-rakan seperjabat.
Gerakan reformasi yang setiap minggu berkumpul di Jalan Tunku Abdul Rahman menjadi jadual mingguan. Walaupun pada hari itu saja "date" dengan teman wanita saya yang mana telah menjadi isteri saya sekarang ini, melihat situasi perhimpunan jalanan yang diadakan ini merupakan luahan hati seluruh rakyat Malaysia. Pada peringkat awalnya perhimpunan ini berjalan dengan amat lancar.
Tetapi apabila ada SB "Special Branch" yang menyertai perhimpunan ini menjadi kalut. Mana tak kalut, provokasi mereka yang mengajak orang ramai untuk melakukan kesalahan yang boleh dirakam oleh siaran tv kroni pada masa itu. Lama kelamaan perhimpunan itu dilarang keras oleh pihak polis. Tindakan ISA akan dikenakan kepada sesiapa yang meyertai perhimpunan tersebut.
Antara perkara yang tak akan saya lupakan ialah apabila meyertai perhimpunan antaranya di Dataran Merdeka, Masjid Negara dan Kg Baru. Semburan air kimia berwarna kuning amat memedihkan mata. Bukan setakat memedihkan mata. Rasa loya termuntah pun ada. Setakat gas pemedih mata tu dah jadi mcm kekabu nak luruh. Diatas kepala saja berterbangan.
Adik saya yang tersangkut semasa berhimpun di Masjid Jamek Kg Baru menerima nasib yang lebih malang. Ketika itu saya ingin menyertai perhimpunan tersebut. Tetapi sekatan jalan raya disetiap pintu masuk menghalang niat saya. Terpaksalah menanti diluar Jalan Raja Laut. Berduyun FRU dan peronda masuk. Pancutan air kimia yang menyuraikan rakyat berhimpun diluahkan oleh lori merah itu. Mangsanya tidak kira tua atau muda, kecil atau besar, waima yang sedang menjamu selera pun menjadi mangsa.
Lama juga beliau tersekat didalam Kg Baru kerana polis memburu semua yang berhimpun. Terpaksalah beliau menyorok dikawasan kampung tersebut. Sehinggalah ada orang kampung yang menunjukkan jalan pintas agar tidak ditangkap oleh polis. Semasa keluar beliau tersempak dengan anggota polis ditanya dari mana dijawabnya pergi makan. Memang nasib baik kalau tidak mau beliau tidur didalam lokaplah jawabnya.
Itulah serba sedikit pengalaman saya dalam "Reformasi". Tak akan dilupakan sehingga akhir hayat saya dan saya akan ceritakan pada anak-anak saya apabila mereka dewasa kelak seperti mana emak saya bercerita pengalaman beliau semasa pemerintahan Jepun dan Tragedi 13 Mei.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment