Wednesday, July 16, 2008

Drama Ulangan 1998


KUALA LUMPUR: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikeluarkan waran tangkap kerana tidak hadir di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur petang kelmarin berhubung dakwaan meliwat, ditahan polis tengah hari ini.
Anwar dibawa ke IPK Kuala Lumpur kira-kira pukul 1.15 tengah hari.
Beliau ditahan di rumahnya di Segambut dekat sini selepas pulang dari memberi keterangan kepada Badan Pencegah Rasuah di Putrajaya.
Anwar keluar dari pejabat BPR pukul 12.10 tengah hari.
Wartawan mStar Online yang berada di IPK Kuala Lumpur melaporkan Anwar dibawa dalam kereta polis dengan diiringi kira-kira 15 buah kereta, dipercayai dinaiki anggota polis dan peguamnya.
Isteri Anwar, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail pula tiba dari Parlimen selepas dimaklumkan mengenai tangkapan Anwar.
Beliau disusuli oleh peguam Karpal Singh yang tiba lima minit kemudian.
"Sekarang tidak tahu keadaan lagi. Cara polis (menangkap Anwar) ganas, akan cuiba menjamin beliau secepat mungkin," kata Azizah kepada para pemberita.

Mat Jenon kata : Mengingatkan atau refresh minda ni semasa era Reformasi 1998. Banyak kisahnya. Insyallah ada masa kelapangan akan diceritakan.

No comments: