Wednesday, January 7, 2009

Ya ALLAH Lindungilah saudara kami di Palestin

Sebak melihat gambar semasa melayari laman web Berita Harian. Kita lupakan hal pilihanraya Kuala Terengganu, kita lupakan hal Pakatan Rakyat, hal MPV Proton yang bakal keluar dan hal-hal lain. Juruskan minda kita kepada nasib malang yang sedang melanda saudara kita di Palestin.


Sehingga artikel ini ditulis angka kematian dipihak Palestin sahaja sudah mencecah lebih daripada 600 orang. Bayangkan mereka-mereka yang meninggal ini adalah anak-anak kita, adik-beradik kita, ibu bapa kita. Apakah tindakan yang akan kita lakukan. Adakah kita akan berdiam diri? Adakah kita akan memeluk tubuh?


Begitulah membaranya jiwa sanak saudara mereka yang kehilangan orang yang disayangi telah pergi buat selama-lamanya mengadap yang Esa. Jika dizinkan oleh keluarga dan sanak saudara saya sanggup menyerahkan jiwa saya menyelamatkan saudara seagama saya yang sedang menderita. Bukan sehari dua malam sudah lebih 60 tahun mereka menderita.


Ya ALLAH lindungilah saudara-saudara ku yang sedang menderita. Laknatlah kaum-kaum yang menentang perintah Mu.

Friday, January 2, 2009

Pembuka tahun baru 1430 Hijrah.

Salam hijrah 1430, semoga tahun baru ini kita sama-sama merapatkan talian silaturrahim antara Islam. Banyak kejadian yang berlaku didunia selepas Tahun Hijrah. Antara yang menyayat hati adalah pengeboman tentera Israel keatas penduduk Palestin yang tidak berdosa ini lah yang disambut oleh saudara-saudara kita disana dihujani peluru yang turun dari langit. Kehilangan segala harta benda malahan ada yang kehilangan nyawa orang yang amat dicintai diatas kebencian yang mendalam oleh kaum Yahudi laknatullah ini.

Sedangkan ramai dikalangan kita yang bergembira menyambut tahun baru Masihi di Dataran Merdeka dengan dihujani limpahan bunga api yang menelan belanja yang mungkin mencecah ratusan ribu ringgit atau mungkin jutaan ringgit. Tidak kira dengan konsert dan pelbagai hiburan lagi sambil menunggu detik 12 malam. Sampaikan ada yang terkorban selepas menyambut tahun baru. Seorang remaja belasan tahun terkena kejutan eletrik di KLCC, berita ini saya ketahui selepas berbual dengan seorang hamba Allah yang menantikan jenazah tersebut untuk disembahyangkan di Masjid Abu Hurairah Jalan Ipoh semalam.

Kasihan kepada keluarga beliau cuma saya dapat menyedekahkan Al-Fatihah sahaja. Dan pelbagai lagi yang terjadi diambang tahun baru 2009 di Pahang banyak sekali kes khalwat yang berjaya ditangkap oleh JAI(Pahang). Tahniah menegah kemungkan dan di Kuala Lumpur tak kurang juga dengan tangkapan pihak berkuasa keatas pihak yang menganjurkan "Pesta Seks". Semoga selepas ini jangan tunggu ada pesta besar-besaran sahaja baru nak buat operasi.

Kita melangkau ke negara jiran iaitu Thailand, yang mana telah terjadinya kebakaran yang amat dasyat sekali di sebuah disco yang mengadakan acara "countdown". Menurut akhbar The Sun antara apa yang dikatakan oleh mereka yang terselamat yang mana sebelum mereka hendak menyambut ambang 2009 pihak disco menyediakan minuman keras percuma dan mercu percuma. Yang menyebabkan seramai 60 orang mati adalah kerana terperangkap didalam kesesakan orang ramai tambahan pula keadaan yang panik. Ini semua adalah bala yang diturun oleh Allah S.W.T keatas mereka-mereka yang mengingkari perintahNya.

Lihat sahaja bagaimana Maal Hijrah atau pun tahun baru Islam diraikan. Alhamdulillah dalam keadaan aman dan jauh sekali daripada maksiat. Keberkatan daripadaNya yang amat diambilkira. Sekian.