Salam hijrah 1430, semoga tahun baru ini kita sama-sama merapatkan talian silaturrahim antara Islam. Banyak kejadian yang berlaku didunia selepas Tahun Hijrah. Antara yang menyayat hati adalah pengeboman tentera Israel keatas penduduk Palestin yang tidak berdosa ini lah yang disambut oleh saudara-saudara kita disana dihujani peluru yang turun dari langit. Kehilangan segala harta benda malahan ada yang kehilangan nyawa orang yang amat dicintai diatas kebencian yang mendalam oleh kaum Yahudi laknatullah ini.
Sedangkan ramai dikalangan kita yang bergembira menyambut tahun baru Masihi di Dataran Merdeka dengan dihujani limpahan bunga api yang menelan belanja yang mungkin mencecah ratusan ribu ringgit atau mungkin jutaan ringgit. Tidak kira dengan konsert dan pelbagai hiburan lagi sambil menunggu detik 12 malam. Sampaikan ada yang terkorban selepas menyambut tahun baru. Seorang remaja belasan tahun terkena kejutan eletrik di KLCC, berita ini saya ketahui selepas berbual dengan seorang hamba Allah yang menantikan jenazah tersebut untuk disembahyangkan di Masjid Abu Hurairah Jalan Ipoh semalam.
Kasihan kepada keluarga beliau cuma saya dapat menyedekahkan Al-Fatihah sahaja. Dan pelbagai lagi yang terjadi diambang tahun baru 2009 di Pahang banyak sekali kes khalwat yang berjaya ditangkap oleh JAI(Pahang). Tahniah menegah kemungkan dan di Kuala Lumpur tak kurang juga dengan tangkapan pihak berkuasa keatas pihak yang menganjurkan "Pesta Seks". Semoga selepas ini jangan tunggu ada pesta besar-besaran sahaja baru nak buat operasi.
Kita melangkau ke negara jiran iaitu Thailand, yang mana telah terjadinya kebakaran yang amat dasyat sekali di sebuah disco yang mengadakan acara "countdown". Menurut akhbar The Sun antara apa yang dikatakan oleh mereka yang terselamat yang mana sebelum mereka hendak menyambut ambang 2009 pihak disco menyediakan minuman keras percuma dan mercu percuma. Yang menyebabkan seramai 60 orang mati adalah kerana terperangkap didalam kesesakan orang ramai tambahan pula keadaan yang panik. Ini semua adalah bala yang diturun oleh Allah S.W.T keatas mereka-mereka yang mengingkari perintahNya.
Lihat sahaja bagaimana Maal Hijrah atau pun tahun baru Islam diraikan. Alhamdulillah dalam keadaan aman dan jauh sekali daripada maksiat. Keberkatan daripadaNya yang amat diambilkira. Sekian.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment