SINGAPORE (Reuters Life!) - As if rising gasoline prices weren't enough, motorists are being hit by higher parking charges, with London coming up tops as the world's most expensive city to park your car, according to a survey. Parking your car in the City, London's financial district, costs on average $68.07 a day, or $1,166.87 a month, while parking in the popular West End entertainment district cost $1,135.76 month, according to an annual survey by real estate firm Colliers International that was conducted in June.
Sydney, Australia, came in second, with parking costing $774.76 a month, closely followed by Hong Kong at $742.40 a month. Perth, also in Australia, was fourth at $610.42 a month.
In the United States, New York City's Midtown was the priciest place to park at $585 a month, followed by the city's Downtown at $462 a month.
"We continue to observe a direct correlation between the rising cost of monthly parking and the ongoing strength of the office real estate market," said Ross Moore, director of market and economic research at Colliers International.
"This dearth of parking and accompanying rise in cost, coupled with skyrocketing fuel prices exacerbates the everyday headaches faced by commuters."
The Colliers survey tracked 64 downtown areas in the United States and Canada as well as 74 cities in Europe, the Middle East, Africa, Asia and Latin America.
In Europe, Stockholm was the second most expensive place to park after London ($508.92 a month) while Santiago, Chile was Latin America's priciest place at $200 a month.
In the Middle East and Africa, Tel Aviv, Israel and the Gulf city of Dubai were tied at the top spot with monthly parking costing $198.48 while Cape Town, South Africa, came in second at $137.77 a month.
And if you're looking for the world's cheapest place to park, head to Jakarta, the car-clogged capital of Indonesia, where monthly parking costs a mere $26.07.
Mat Jenon says : if convert in RM as per currect USD rate is RM 221.23 for 1 day. Wow. Total one month is RM 3,792,33.
Friday, July 18, 2008
Astalavista Baby
Luahan rakyat marhean terhadap pemerintahan Barisan Nasional yang dikepalai oleh UMNO. Dahulunya ia relevan tetap selepas PRU 12 lalu seperti Tsunami melanda senario politik Malaysia. Rata-rata rakyat menolak kepimpinan Pak Lah. Sesiapa yang mengikuti perkembangan politik tanahair pasti tidak akan menafikan perkara ini.
Saya mula tertarik untuk mengikuti perkembangan politik tanahair sebermula 1998 iaitu dizaman "Reformasi" yang dipimpim oleh DSAI. Penggeraknya ialah layanan yang dilakukan oleh mantan PM iaitu Mahathir pada DSAI pada ketika itu dan saya bayangkan bagaimana pula jika kita rakyat biasa ini. Sebermula hari DSAI dipecat iaitu 02 Sept 1998 sehinggalah beliau dipenjarakan, hal DSAI menjadi halwa perbualan dengan rakan-rakan seperjabat.
Gerakan reformasi yang setiap minggu berkumpul di Jalan Tunku Abdul Rahman menjadi jadual mingguan. Walaupun pada hari itu saja "date" dengan teman wanita saya yang mana telah menjadi isteri saya sekarang ini, melihat situasi perhimpunan jalanan yang diadakan ini merupakan luahan hati seluruh rakyat Malaysia. Pada peringkat awalnya perhimpunan ini berjalan dengan amat lancar.
Tetapi apabila ada SB "Special Branch" yang menyertai perhimpunan ini menjadi kalut. Mana tak kalut, provokasi mereka yang mengajak orang ramai untuk melakukan kesalahan yang boleh dirakam oleh siaran tv kroni pada masa itu. Lama kelamaan perhimpunan itu dilarang keras oleh pihak polis. Tindakan ISA akan dikenakan kepada sesiapa yang meyertai perhimpunan tersebut.
Antara perkara yang tak akan saya lupakan ialah apabila meyertai perhimpunan antaranya di Dataran Merdeka, Masjid Negara dan Kg Baru. Semburan air kimia berwarna kuning amat memedihkan mata. Bukan setakat memedihkan mata. Rasa loya termuntah pun ada. Setakat gas pemedih mata tu dah jadi mcm kekabu nak luruh. Diatas kepala saja berterbangan.
Adik saya yang tersangkut semasa berhimpun di Masjid Jamek Kg Baru menerima nasib yang lebih malang. Ketika itu saya ingin menyertai perhimpunan tersebut. Tetapi sekatan jalan raya disetiap pintu masuk menghalang niat saya. Terpaksalah menanti diluar Jalan Raja Laut. Berduyun FRU dan peronda masuk. Pancutan air kimia yang menyuraikan rakyat berhimpun diluahkan oleh lori merah itu. Mangsanya tidak kira tua atau muda, kecil atau besar, waima yang sedang menjamu selera pun menjadi mangsa.
Lama juga beliau tersekat didalam Kg Baru kerana polis memburu semua yang berhimpun. Terpaksalah beliau menyorok dikawasan kampung tersebut. Sehinggalah ada orang kampung yang menunjukkan jalan pintas agar tidak ditangkap oleh polis. Semasa keluar beliau tersempak dengan anggota polis ditanya dari mana dijawabnya pergi makan. Memang nasib baik kalau tidak mau beliau tidur didalam lokaplah jawabnya.
Itulah serba sedikit pengalaman saya dalam "Reformasi". Tak akan dilupakan sehingga akhir hayat saya dan saya akan ceritakan pada anak-anak saya apabila mereka dewasa kelak seperti mana emak saya bercerita pengalaman beliau semasa pemerintahan Jepun dan Tragedi 13 Mei.

Thursday, July 17, 2008
Wednesday, July 16, 2008
Drama Ulangan 1998

KUALA LUMPUR: Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikeluarkan waran tangkap kerana tidak hadir di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur petang kelmarin berhubung dakwaan meliwat, ditahan polis tengah hari ini.
Anwar dibawa ke IPK Kuala Lumpur kira-kira pukul 1.15 tengah hari.
Beliau ditahan di rumahnya di Segambut dekat sini selepas pulang dari memberi keterangan kepada Badan Pencegah Rasuah di Putrajaya.
Anwar keluar dari pejabat BPR pukul 12.10 tengah hari.
Wartawan mStar Online yang berada di IPK Kuala Lumpur melaporkan Anwar dibawa dalam kereta polis dengan diiringi kira-kira 15 buah kereta, dipercayai dinaiki anggota polis dan peguamnya.
Isteri Anwar, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail pula tiba dari Parlimen selepas dimaklumkan mengenai tangkapan Anwar.
Beliau disusuli oleh peguam Karpal Singh yang tiba lima minit kemudian.
"Sekarang tidak tahu keadaan lagi. Cara polis (menangkap Anwar) ganas, akan cuiba menjamin beliau secepat mungkin," kata Azizah kepada para pemberita.
Mat Jenon kata : Mengingatkan atau refresh minda ni semasa era Reformasi 1998. Banyak kisahnya. Insyallah ada masa kelapangan akan diceritakan.

Boleh agaknya kita tidak berbelanja untuk satu hari
KUALA LUMPUR: Rabu, 16 Julai ialah "Hari Tidak Berbelanja", satu kempen yang dianjurkan Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca). Barangkali ramai yang berasa skeptikal dengan kempen ini, memandangkan terlalu banyak kempen yang diadakan selama ini tidak mendatangkan sebarang hasil.Dalam masa yang sama mungkin juga tidak ramai yang boleh memberikan jawapan spontan 'Ya' jika dilontarkan dengan soalan ini, "Boleh agaknya anda tidak berbelanja dalam sehari?" Bagi sesetengah orang, berbelanja itu lebih berbentuk kemahuan bukan keperluan. Ada juga yang menjadikan berbelanja itu sebagai satu hobi, tanpa mengira sama ada poket berisi atau tidak, awal atau tengah bulan apatah lagi bila menjelang musim perayaan. Sikap boros berbelanja juga menjadikan mereka mangsa hutang kad kredit keliling pinggang! Tidak kurang juga yang menjadikan membeli belah sebagai satu cara untuk menghiburkan hati apabila dilanda gundah-gulana atau untuk mengurangkan stres.Di sinilah letaknya cabaran 'Hari Tidak Berbelanja" anjuran Fomca ini. Inilah sebenarnya ujian untuk anda! Secara jujurnya sejauh mana anda boleh mengekang kemahuan untuk tidak berbelanja ini. Matlamat kempen
Kempen "Hari Tidak Berbelanja" aalah sebahagian daripada pengisian program Kempen Pengguna Kebangsaan yang berlangsung selama 48 bulan bermula Jun tahun ini sehingga Jun 2012. Sewaktu sidang akhbar mengumumkan kempen ini, Presiden Fomca Datuk N. Marimuthu berkata melalui kempen ini Fomca mahu pengguna meminimumkan perbelanjaan mereka. Langkah itu adalah bagi mencapai matlamat mendidik orang ramai supaya mengamalkan sikap lebih berjimat dan tidak terperangkap dengan pembelian kerana jenama atau atas nama status kehidupan.Menerusi kempen ini juga, pengguna boleh mengesan ke mana perginya wang yang dibelanjakan. Sama ada wang dibelanjakan untuk tujuan atau keperluan sebenar kehidupan atau dibazirkan sekadar memenuhi nafsu kemahuan.
Bukan untuk boikot
Marimuthu menegaskan "Kempen Hari Tidak Berbelanja" bukan bertujuan memboikot atau memprotes mana-mana pihak. "Kempen ini lebih kepada usaha untuk mendidik orang ramai supaya lebih berhemat dalam menguruskan perbelanjaan seharian."Tidak ada kena mengena sama sekali dengan protes. Kami hanya mahu orang ramai menyedari erti nilai wang yang dibelanjakan dalam masa satu hari," katanya.Menurut Marimuthu, kempen yang sama berjaya dijalankan di beberapa negara maju seperti Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah."Kempen Hari Tidak Berbelanja" akan hanya berjaya mencapai matlamatnya sekiranya mendapat sokongan padu masyarakat pengguna negara ini, katanya.Cabaran mudah untuk anda lakukan sempena kempen Fomca ini ialah mengamalkan cara hidup sederhana sepanjang kempen sehari ini.Antaranya Marimuthu mencadangkan daripada anda keluar berbelanja, luangkan masa untuk bersama keluarga dan rakanrakan anda tetapi jangan membelanjakan wang untuk mereka pada hari itu.
Kempen ajak pengguna berfikir
Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr Maamor Osman berkata pihaknya menyokong usaha yang digerakkan oleh Fomca untuk mendidik tabiat berbelanja berhemat dalam kalangan pengguna di negara ini."Kempen ini baik untuk mengajak pengguna berfikir supaya dia dapat melakukan beberapa perkara yang membolehkan dia tak perlu berbelanja perkara yang tidak perlu dan mendatangkan kemudaratan. "Contoh, kalau hari itu dia makan di luar, sekarang dia masak sendiri di rumah dan bawa bekal. Kalau dia merokok, hari itu dia tidak merokok. Apa yang kita mahu pengguna ada inovasi baru dalam kehidupan mereka," jelas beliau.Tambahnya, pengguna juga boleh menggunakan hari yang sama untuk membuat inventori untuk mengelakkan pembaziran."Kita lihat apa yang kita ada di rumah, barangan dapur umpamanya, apa yang ada, apa yang dah sudah luput tarikh penggunaannya. Lazimnya kita selalu membeli barang yang kita sudah ada dan kemudian tidak digunakan. "Menjelang musim perayaan, elok juga kita tengok pakaian anak-anak kita, mana yang masih boleh pakai. Kain langsir pun kalau boleh digunakan dan ubah suai reka bentuknya, gunakan lagi. Ini semua boleh menjimatkan perbelanjaan," tambah Dr Maamor.Boleh hidup tanpa berbelanja
Dr Maamor turut berharap kempen 'Hari Tidak Berbelanja' ini juga akan membolehkan pengguna memberi mesej yang jelas kepada diri sendiri bahawa dia sebenarnya boleh hidup tanpa berbelanja.Pengguna di Malaysia, katanya, perlu belajar merancang perbelanjaan dan bersiap sedia untuk menghadapi masa kecemasan."Sekarang ada sesetengah pengguna yang bersikap tidak apa tetapi jika berlaku kecemasan seperti banjir, bagaimana hendak menghadapi keadaan ini?" soalnya.Sebenarnya ada banyak sebab untuk memaksa masyarakat pengguna negara ini menjadi lebih berhemat dan berjimat dengan perbelanjaan mereka. Satu yang ketara keluh-kesah yang saban hari didengar mengenai harga barang lebih-lebih lagi sejak kenaikan harga petrol dan diesel awal Jun diikuti dengan semakan semula tarif elektrik pada 1 Julai lepas.Inilah realiti yang tidak boleh dipandang ringan pengguna di negara ini.Gabenor Bank Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz baru-baru ini berkata kadar inflasi bulan Jun dijangka meningkat melebihi 6 peratus ekoran kenaikan 41 peratus harga petrol dan 63.3 peratus diesel.Beliau turut memberi bayangan kadar inflasi domestik dijangka terus meningkat sehingga awal tahun 2009.Sewajarnya semua golongan, baik yang kaya, yang miskin, pihak kerajaan, kakitangan swasta mahu pun peniaga, yang masing-masing adalah pengguna, boleh bertindak secara proaktif dalam soal berbelanja ini.Keadaan semasa juga menjadikannya lebih sesuai untuk mempraktikkan peribahasa "ukur baju di badan sendiri". Jadilah pengguna bijak, untuk esok dan seterusnya, bermula dengan 'Hari Tidak Berbelanja' ini. BERNAMA
Mat Jenon pulak : bole semua bole jangan bawak wallet pegi memana bawak I/C jee...

Tuesday, July 15, 2008
Fire Starter
Dimulakan dengan bismillah. Cubaan untuk menulis didalam blog. Asyik baca blog orang lain je teringin gak nak ada blog sendiri. Tiada yang istimewa cuma luahan perasaan yang terpalit di skrin PC ni. Insyallah akan menceritakan dan menulis semua hal baik dalam dan luar negara. But no SEX heheheh..
Subscribe to:
Comments (Atom)