Hampir sebulan tidak menulis atas sebab kesibukan dengan kerja dan dengan keluarga. Dalam masa sebulan ni juga macam-macam cerita yang dipaparkan dialam siber dan media electronik mahupun media cetak drpd cerita Majlis Peguam, Uitm, Pilihanraya kecil P44 Permatang Pauh, sehinggalah Olimpik Beijing.
Baiklah menyentuh tentang Majlis Peguam ataupun Bar Council yang mengadakan forum terbuka mengenai "Masuk Islam" yang berlangsung pada tempohari. Saya sempat juga menyertai perhimpunan aman tersebut. Sebermula 8.30 sehinggalah sekita 10.30 saya berada disana. Perhimpuan itu tidak diketuai oleh mana-mana pihak NGO atau badan politik. Rata-rata yang datang berhimpun kesemuanya atas dasar ISLAM.
Alhamdulillah desakan daripada suara majoriti yang berhimpun menggesa forum itu dibatalkan menjadi kenyataan apabila forum itu ditutup awal 3 jam daripada waktu asalnya. Menyentuh hal forum tersebut, rasanya Majlis Peguam tidak beberapa sesuai kerana mereka bukanlah pengamal undang-undang Islam. Tambahan pula saya rasakan forum ini seperti forum meluahkan perasaan masing-masing yang merasakan Islam itu menindas kehidupan mereka.
"Salahkan nyamuk, kelambu dibakar" itulah perumpamaan Melayu. Islam disalahkan walhal sebenarnya yang salah dan silap adalah penganut agama tersebut kerana tidak menghayati sepenuhnya tentang Islam. Apabila al-kaffirun mempersoalkan tentang undang-undang Islam, adakah kita perlu duduk diam. Saya melihat mereka mengambil kesempatan ini diatas sebab pepecahan Melayu yang terbahagi dua iaitu UMNO & PAS/PKR. Sangkaan mereka meleset kerana forum itu dibantah oleh kedua-dua parti tersebut dan NGO yang terbabit antaranya PEKIDA, GPMS, GAMIS. Kelantangan mereka seperti mengejutkan gergasi yang sedang nyenyak tidur. Menggerakkan Harimau yang sedang kelaparan. Sudah lupakah mereka tragedi 13 Mei 1969.
Saya tidak mahu mengulas banyak-banyak kerana banyak lagi yang perlu dilakukan untuk memantapkan lagi keimanan dalam diri dan juga keluarga memandangkan suasana kehidupan yang dikelilingi dengan hiburan yang lagra. Generasi akan datang harus kita jaga mereka jangan mereka terikut-ikut dengan kehidupan yang melalaikan. Persiapkan diri mereka dengan keimanan yang teguh didalam dada agar hidup sempurna dunia dan akhirat, Insyaallah.
Rasa bercerita sedikit tentang hal politik pun molek juga. P44 iaitu kerusi kebal Datuk Seri Anwar bin Ibrahim. Semenjak 1982 sehingga 1999 dan disandang oleh isteri beliau sehingga 2008 menjadi isu hangat sebermula 16 Ogos yang mana esok sehinggalah 26 Ogos iaitu jatuhnya hari pilihanraya kecil Permatang Pauh.
Dengar cerita pertandingan 4 penjuru, Wallahualam. Yang menariknya bukan cerita pilihanraya. Tetapi maruah, antara DSAI dan UMNO kepimpinan Pak Lah. Dipilihanraya inilah kita akan menyaksikan jatuh bangunnya UMNO dan langkah terakhir DSAI untuk menakluki Putrajaya yang beliau jangkakan 16 Sept ini akan ada peralihan kuasa daripada Barisan Nasional kepada Pakatan Rakyat.
Situasi yang amat genting sekali yang mana bagi saya 60 kepada DSAI dan 40 kepada UMNO calonnya Datuk Arif Shah Omar Shah. Senang cerita kita tengoklah apa temberang TV bermula daripada esok sehinggalah 26 Ogos ini. Tak payah lah nak ingat pasal Uitm, minyak nak turun harga pada 1 Sept nie, entah semasa Pak Lah berkempen di Permatang Pauh nanti dia umumkan penurunan harga minyak. Paham-paham la politik. Sekian
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
nampak gayanya Paklah dah makin goyang
dengan pelbagai isu-isu yg melanda sepanjang pemerintahan dia.eloklah bersara awal.takyah tunggu 2010.bak kata cek det..dah lama dahhhhh....jangan pulak dia bubarkan parlimen bulan september..time tu bulan pose..x penah kite ngundi bulan puasa wehhh...x pe janji kita sama2 benamkan umno+bn dan sekutunya2..Allahuakbar!!!!
Post a Comment