Tuesday, August 26, 2008

PRK Parlimen P044 Permatang Pauh

Public holiday buat rakyat Pulau Pinang pada hari ini. Khasnya buat warga Permatang Pauh yang sedang dan sudah menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi yang sah tak lupa juga kepada Phantom Voter yang datang daripada pelusuk negara. Tinggal 2 jam sahaja lagi untuk mengundi dan keputusannya akan diketahui sekitar jam 8 atau 9 malam ini.

Insyaallah jika dilihat pada perang poster sudah semestinya kemenangan berpihak kepada PKR. Al-maklumlah kawasan dia. Tetapi kali ini merupakan pilihanraya yang cukup sengit. Barisan Nasional yang sememangnya memperkudakan media untuk kepentingan mereka. Dan dipiliharaya ini juga jangan sekali kelibat Pak Lah datang menjengah Permatang Pauh jika ada pun sekali skala sahaja.

Pandangan saya PRK ini merupakan medan percubaan DS Najib yang bakal mengganti tampuk pemerintahan Malaysia pada 2010. Jadi bergolok gadailah beliau sehingga bersumpah tanpa disuruh oleh mana-mana pihak. Peruntukan datang melimpah ruah pada rakyat Permatang Pauh. Beruntungnya pada masa ini. Jika tiada PRK entah-entah "duk macam ni la" kata orang Penang.

Bab sumpah sekarang ini dah jadi macam cakap kosong dikedai kopi saja. Najib bersumpah, Saipool bersumpah tapi dalam banyak-banyak sumpah, sumpah Ezam yang paling power. Cakap berapi macam kopi kapal api. Naik mual bila dia menelah ludahnya. 10 tahun dulu begitu nyaring menentang kekejaman kerajaan pimpinan Mahathir nyayuk. Sekarang ni dia dah patah balik ke pangkuan parti yang dia pernah sumpah seranah. Pasal apa?

Berkotak-kotak fail sulit tentang kerajaan dalam tangan beliau. Akhirnya nak bagi orang percaya dia kata kotak tu masih ditangan DSAI baik didalam negara atau luar negara. Paler otak dia. Spesis manusia macam sesumpah yang akan bertukar kulit apabila tiba disatu kawasan atau diganggu gugat oleh musuh.

Ditakdirkan DSAI menang pada hari ini dan berjaya membentuk kerajaan baru. Jika spesis ini datang merangkak semula. Mau disumbat dalam lubang najis kemudian diflushkan je. Tak eloh simpan manusia semacam ini. Jika dizaman British atau Jepun tidak mustahil al muskati dia akan menjadi talibarut.

Laman web tranungkite.net pun hari ini agak sukar untuk access mungkin terlalu ramai pengunjung. Disini saya selitkan sedikit gambar sekitar PRK Permatang Pauh untuk tatapan umum. Takbir, Reformasi.



































No comments: