Wednesday, April 1, 2009

Assalammualaikum,

Lama bebeno idak menhidupkan enjin blog ni. Dah mulakan keroje kat Kelana Jaya ni, masa pun banyak digunakan tak macam dulu. Ater menjengah sekali sekala je. moh kite ke Bukit Gantang yeop dan yong bak kata orang perak. Teman pun orang sana juge. Bila surf internet dan melawat blogged pro PR (Pakatan Rakyat) ya ALLAH sebak melihat sambutan penyokong dan pedukung PR ni.

Mana tidaknya berbilang bangsa yang ada semasa penamaan calon tempoh hari. Kalau area Gopeng insyallah teman dan turun dah. Pertarungan 3 penjuru UMNO, PAS, Bebas. Melihat daripada pengamatan teman insyallah PAS yang diwakili oleh yeop Kampar ni akan memenangi PRK Bukit Gantang. Tamparan buat Pak Jib ngan Pak Din Yasin yang bakal ditabal menjadi PM & TPM Jumaat ini.

Selain itu jangan dilupa pulak Bukit Selambau ngan Batang Ai, pun bakal menghadapi PRK pada hari yang sama 07 April 2009 nanti. Agak-agak teman PR boleh memegang 2 bukit tapi batang terlepas le agak-agak teman je kalo menang semua bukan setakat tamparan hebat yang bakal diterima malahan tendangan flying kick untuk UMNO ngan BN.

Nak tulis lebih-lebih karang SB semenjak dua ni banyak monitor blogged-blogged kena bertapis jugak. Nama pompuan yang satu tu pun tak boleh nak disebut dalam PRK nanti apatahlagi nak menulis dan mengaitkannya dengan sorang hamba ALLAH tu. Silap-silap duk kandang pulak.

Bila difikir-fikirkan balik teringat teman dengan cerita "Ali Baba Bujang Lapok" scene si Ibrahim Pendek bawak dadu yang no 2 dia dah register. Cuba kome relate ngan apa yang jadi kat PRK dengan citer tadi lebih kurang macam ni ler dailognya "1, ehem..ehem, 3, 4, 5,6" Kalau masa ceramah pun kena cakap "rasuah, ehem-ehem, contrak, ehem-ehem". Pelik bin ajaib ada certain benda yang kita tak boleh nak cakap. Makin lama makin menjadi ehem-ehemnye.

Bak kata somebody masa perhimpunan aperntah. Kita perlu berubah jangan sampai diubah. ehem-ehem cam ehem-ehem. Dan kena ehem-ehem kang kena ehem-ehem pasal tak boleh nak cakap apa yang kita rasa benda itu perlu dijelaskan dengan betul. Nak pecaya kata Mat Kotak ehem-ehem tak payah la mengarut daripada cerita Cak Cak Azwan Ali.

Dah la malas nak ehem-ehem lebih-lebih Isyallah kita sama-sama doakan semua pilihanraya nanti dimenangi oleh PR. Salam.

No comments: