Assalammualaikum.
Dah memang terlalu lama idak megupdatekan blog yg terperap ni. Oh Ya H1N1 yg dah meningkat pada 34 orang setakat ini sedikit sebanyak mengganggu jugak kehidupan seluruh rakyat Malaysia amnya dan buat aku khasnya. Bukan apa virus ini amat mudah merebak diudara yang mana sekarang ni pun kat Kuala Lumpur udara bukannya elok sangat makin lama makin berjerebu lepas tu ok kendian ujan kendian jerebu.
Minggu lepas aku balik kampung ku di Gopeng alhamdulillah udara nyaman dan tenteram. Bukan nak citer pasal kampung tapi balik pada H1N1 yang mana berpunca daripada khinzir @ babi. Negara awal yang disyaki iaitu Venezuela kemudian merebak ke Amerika Utara lepas tu sampai hari ini dah satu dunia berjangkit.
Semalam sempat melayari satu blog lupa addressnya tapi ada doktor yg reply katanya rendam atau rebus bunga lawang kendian minum airnya. Insyallah sembuh tapi pokok pangkal kena ikhtiar jugak bak kata pepatah "mencegah lebih baik daripada merawat". Kerabat Pahang pun sekali kena 5 orang anak seorang tu dah la ada Asma yang kuat dan peratus maut amat tinggi.
Anak aku yang sulung kalau ikutkan Jumaat lepas buat lawatan ke Aquaria KLCC tapi memandangkan tempat tu tempat awam jadi aku tak kasi dia pegi. Manalah tau buatnya antibodi dia tak kuat kena lak risau aku mau tak makan tak minum memikirkannya. Tapi aku janji ngan dia bila keadaan dah ok aku bawak dia kesana. Dia pun paham dan setiap kali balik ambik dia dari Taska kalau dia ternampak org yang pakai topeng muka tu dia kata la "Baba, tu org tu pakai topeng H1N1". Cerdik anak aku yang sulong tu adik dia pun sekarang dah makin menjadi perangainya biasa la budak lelaki. Kadang tu kesian gak diaorang memerap duk rumah je tak pegi mana2.
Cuma kalau ada kesempatan tu aku bawak jugak la jejalan naik keta. Kena ada langkah berjaga-jaga takut nasib tak baik je. Ini semua peringatan daripada yang Esa untuk umat Islam yang sekarang ni semakin lari daripada landasan sebenar. Ini baru tuhan turun kan entah-entah 1/1,000,000,000,000. daripada kekuasaanNya. Belum Dia turunkan bala besar. Tengok kat Taiwan ngan Jepun dilanda ribut taufan aperkenamanya lupa lak aku. Sedih aku tengok orang yang dilanda musibah ni tapi setiap apa yang turunkan pada manusia dimuka bumi ini ada hikmahnya.
Jadi sama-samalah kita menginsafi dan bertawaduk sentiasa mengingatiNya setiap masa baik senang baik susah ALLAH tetap dihati dan sanubari. Minggu depan Insyaallah kita akan mula berpuasa dan aku ingin mengucapkan Selamat Berpuasa dan Bertarawih.
Salam.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment